Barang 'rare' ni.Kalau jumpa kat mana-mana kedai kasut baik korang terus sambar.Payah dah nak cari yang 'Made In England',sekarang ni semuanya 'Made In China'.
19 August 2010
14 August 2010
Stadium....
Gambar kat atas ni adalah Stadium Darul Makmur.Homeground bagi team Pahang dan Shahzan Muda.1st time aku masuk stadium ni bulan 11 tahun 1994.Mak sedara belanja tiket masuk.Baru je habis ambik PMR time tu.Musim Piala Malaysia.Aku dah lupa Pahang lawan dengan sape masa tu.
Selepas game tu 4 tahun aku tak jejak stadium ni.Aku tak pegi bukan sebab dah tak sokong team Pahang tapi aku takde duit nak beli tiket disamping masalah nak balik lepas abih tengok bola.Tak kuasa aku berjalan kaki dari Stadium sampai ke Taman Sepakat.
Tahun 1998 dengan berbekalkan duit pinjaman Yayasan Pahang ditambah pulak dengan duit ayah aku,aku beli motor.Senang sikit nak ulang alik POLISAS time tu.Secara automatiknya masalah nak balik bila abih tengok bola pun hilang.Tapi time belajar kat POLISAS tu aku masih lagi sengkek bab duit ni.Jadi utk merealisasikan keinginan menengok team Pahang main aku dgn sepupu akan menyamar menjadi budak penjual burger/air kat dalam stadium.
Geng2 budak yang jual air/burger dalam stadium boleh masuk awal time tu.Pukul 5 lebih dah boleh masuk.Bayangkanlah aku dgn sepupu aku tu melepak dalam stadium kosong dari pukul 5 lebih sampai la game start pukul 8.45malam.Aktiviti masuk stadium awal ni berlarutan sampai tahun 2000 kalau tak silap aku.
Tahun 2001-2004 aku dah kerja masalah nak beli tiket masuk stadium dah takde dalam kamus hidup aku.Tapi aku tak dapat selalu pegi stadium sebab aku tak kerja kat Kuantan time tu.Dari Bahau sampai la ke Muadzam Shah.Time cuti balik Kuantan je la aku boleh tengok team Pahang main live kat stadium Darul Makmur.
Pertengahan tahun 2004 sampai ke pertengahan 2006 aku menganggur.Sesapa kerja line construction tau la peritnya hidup masa tu.Walaupun menganggur,duit bukan masalah bagi aku.Duit simpanan masa kerja dulu banyak membantu aku.
Selama lebih kurang 2 tahun menganggur tu semua game di stadium Darul Makmur yang melibatkan team Pahang aku pegi.Satu game pun aku tak tinggal waima game team Shahzan Muda pun aku layan jugak.
Pertengahan 2006 - sekarang aku jarang dah pegi stadium tengok team Pahang main.Bukan tak sokong tapi jarak yang memisahkan aku dengan stadium(gila skema ayat hahaha).Aku kerja kat Kuala Lipis sekarang ni.Tak larat aku nak drive balik Kuantan semata2 nak pegi stadium.Aku akan pegi stadium bila aku balik jenguk famili aku kat Kuantan.Syok woooo tengok bola kat stadium.Dia punya feeling kalau team yang korang sokong menang,dia punya sengih tu boleh bawak ke hari esok.Oleh itu datang la ke stadium team negeri masing2.
Kat bawah ni aku selitkan beberapa keping gambar Stadium Darul Makmur kebanggaan aku yang aku tangkap tahun 2008 dulu untuk tatapan korang semua......
Subscribe to:
Comments (Atom)



